Wednesday, April 16, 2008

Koleksi Petua-petua II

KURANGKAN KOLESTROL

1 :: Masak lauk + bawang belah 4.. bawang merendahkan kadar kolestrol

2 :: Kurangkan makanan berminyak.....

NAIKKAN BERAT BADAN

1 :: makan ayam setiap 2 hari

2 :: makan coklat setiap hari

3 :: makan aiskrim selang sehari...

4 :: minum susu coklat selalu...

MELAZATKAN AIR SUAM

1 :: Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan (bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak ..... Setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap pabila diminum

HILANGKAN BAU KETIAK

1 :: Gosokkan kulit limau ketika mandi .Lama-kelamaan akan hilang.

WANGIAN KERETA

1 :: Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di bawah kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.

2 :: Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan sebagai pewangi kereta. Beli sabun ni (yg dlm bentuk sabun buku, bukan tiub) dan letakkan di mana2 bahagian dalam kereta... sebaik2nya di ruang terbuka. Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ni dalam net. Baunya lembut dan tahan lama.

HILANGKAN ANGIN DI DALAM BADAN.

Bagi bayi

1 :: letakkan sebiji ladi itam dalam pusat baby tuu .... insya-ALLAH ... kembung perut tadi akan beransur pulih .

Bagi dewasa

1 :: sapu minyak yg berangin dan pastikan anda berada diluar kawasan ... dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain ....

HILANGKAN SAKIT PERUT DISEBABKAN MAKANAN DAN MINUMAN.

Bagi bayi

1 :: minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee)

Bagi dewasa

1 :: tuam pakai towel panas ke, sapu apa apa minyak angin

UBATI ASMA

1 :: Makan hati unta

2 :: Makan sup sarang burung

3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim)

ELAKKAN SAKIT MENTAL

1 :: Positive Thinking

2 :: Selalu membaca Al-Quran

HILANGKAN LEBAM

1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi biru dah akhirnya hilang.

HILANGKAN BISUL

1 :: Ambil daun semalu dan tumbukkansehingga lumat kemudian sapukan di bahagian bisul tersebut. (ini mujarab sebab saya dah cuba kat anak kecil)

CARA UNTUK MENYEJUKKAN MATA.

1 :: Jika Mata terasa letih melihat komputer........ maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun 'Aloe Vera' ..... ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua kelopak mate kemudian pejamkan mate ..... dalam setengah jam.... kemudian cuci kelopak mata .... boleh menyejukkan mata.

CARA UNTUK AWET MUDA .

1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo

2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)

3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar

4 :: Berat badan yg ideal

5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat

6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah

7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri anda

8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje

9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan

10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian.. teruskan hidup dgn gumbira

Koleksi Petua-petua I

PETUA-PETUA

BUANG AIR BESAR BERDARAH

Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

LEMAH RASA BADAN

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

KELEMUMUR

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.

DEMAM SELSEMA

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

RAWAT TUMIT RETAK

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.

ELAKKAN TANGAN MELEPUH

Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.

GIGI LEBIH KUAT

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.

TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..

TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

UBAT SEMPUT

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL

Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya dsapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..

DEMAM KUNING

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.

Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..

MENAMBAH AIR SUSU

Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..

SAKIT KEPALA

Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..

SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..

URAT BETIS TIMBUL

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.

DEMAM CAMPAK

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

RUAM PANAS

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..

BERAK BERDARAH

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

LELAH

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

MUNTAH

Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

HILANGKAN RUAM

Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

KURAP SUSU

Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).

MENJARANGKAN KELAHIRAN

Ambil Segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.

SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR

Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.

LEBAT & CANTIKAN RAMBUT

Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

BATUK

Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

RAMBUT JARANG

Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.

HILANGKAN JERAWAT

Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.

TAWARKAN IKAN MASIN

Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini, terlebih dahulu hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10 minit. Setelah itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.

TAWARKAN BISA KALA JENGKING

Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.

PENYAKIT KULIT PADA BAYI

1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.

2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi

3. Jangan memandikan bayi dengan sabun . Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.

4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.

5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati difarmasi

6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..

LUKA

Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.

SAKIT PERUT

Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

JERAWAT 2

Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.

SAWAN DI KEPALA

Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.

SAKIT GIGI

Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.

KUKU BERNANAH

Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya. .

JERAWAT 3

Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan hasilnya di mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.

BADAN WANITA BERBAU

Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.

KULIT MUKA KERING

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas sua. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.

BATUK BERPANJANGAN

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Semalamt mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.

MATA MERAH DAN GATAL

Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.

Tips Mengurangkan Berat Badan

Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

* Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda.

Lemak mengandungi lebih banyak kalori - sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil. Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

* Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

* Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik.

Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik.

Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar. Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh.

Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ. Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik.

Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak.

Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan. Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan.

Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

Elemen Utama Mengurangkan Berat Badan

PERNAHKAH anda kecewa dan hampir putus asa apabila usaha mengurangkan makan dan kesanggupan berlapar masih tidak berjaya menggerakkan jarum alat penimbang seperti diharapkan?

Sebenarnya ramai orang di dunia ini berkongsi pengalaman sama dengan anda. Ini antara cabaran yang dilalui semua orang. Bezanya, ada orang mempunyai keazaman lebih tinggi untuk mencapai cita-cita mereka, walaupun banyak halangan. Untuk mengurangkan berat badan, menahan makan saja tidak cukup. Ia perlu disertai dengan senaman dan minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

Air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak, kata Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman.

Katanya, untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air penting sebagai bahan 'pembersih' kerana ia memudahkan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

Namun, ramai keliru dengan isyarat 'lapar' atau 'dahaga'. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.

Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

"Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali anda terasa lapar. Tidak mengapa jika terlebih minum kerana kesan sampingannya hanya kita kerap berulang ke tandas."

Jika terlebih makan, kesannya lebih payah kerana ia merumitkan masalah berat badan berlebihan yang sedia ada. Jangan tunggu hingga terlalu dahaga untuk minum kerana ia sebenarnya menandakan badan kita mengalami masalah kekurangan air (dehidrasi).

Tidak perlu tunggu terasa dahaga untuk minum kerana badan kita memerlukan kira-kira satu liter air sehari untuk berfungsi dengan baik.

"Usah risau minum banyak air kerana ia tidak mengandungi kalori. Malah, ia baik untuk buah pinggang yang bertugas menapis darah dan menyingkir bahan toksik daripada badan, " katanya. Bagi individu yang mahu menurunkan berat badan, Faridah menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kita makan banyak.

Bagaimanapun, jangan sampai tidak makan kerana apabila terlalu lapar kita terdorong untuk makan lebih banyak melebihi keperluan. Lapar menandakan badan kita kekurangan glukos dan meningkatkan keinginan untuk makan banyak.

Air yang dibincangkan di sini ialah air masak atau mineral iaitu air yang tiada kalori. Pun begitu, ia bukan bermakna anda tidak boleh minum air manis tetapi ia tidak disarankan bagi individu yang mahu menurunkan berat badan.

Jus buah juga antara pilihan baik untuk diambil sebelum makan, tetapi pastikan ia tidak ditambah gula bagi memperbaiki rasanya. Lebih baik jika serat buah berkenaan dimasukkan bersama kerana ia bukan saja membuat anda berasa lebih cepat kenyang, bahkan melancarkan proses penghadaman.

Jus buah mempunyai banyak manfaat kerana ia mengenyangkan, banyak khasiat dan kaya serat. Kandungan gula semulajadinya memenuhi keinginan anda untuk minum atau makan makanan manis. Malah, makan buah-buahan juga cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Namun, jangan terlalu gembira jika berat badan turun mendadak walaupun anda sentiasa dahaga dan kerap buang air kecil kerana ini tanda utama penyakit kencing manis. Biasanya pesakit tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Masalah sentiasa dahaga meningkatkan keinginan untuk minum lebih banyak air manis tanpa menyedari ia hanya memburukkan keadaan.

Kencing manis berlaku apabila badan mengalami kekurangan insulin untuk menghadamkan glukosa (gula) untuk dihantar kepada sel. Sel yang tidak menerima gula akan mati dan ini sebabnya berat badan turun mendadak. Jadi, jika tiga tanda ini ada pada anda, segera jalani pemeriksaan kesihatan bagi mengelak penyakit melarat.

Bagaimana air dapat membantu mengurangkan berat badan? Air tidak mengandungi kalori, justeru ia boleh diambil dalam kuantiti banyak pada bila-bila masa. Ia membantu mengurangkan kuantiti kalori yang diambil setiap hari.

Walaupun ia juga tidak mengandungi khasiat, air penting untuk membolehkan badan berfungsi secara normal dan menjaga kesihatan.

Selain mematuhi jadual makan, mengurangkan jumlah makanan dan minum banyak air, individu yang mahu menurunkan berat badan mesti bersenam. Tiada kaedah singkat dan cepat untuk mendapat berat badan seimbang.

Paling penting ialah kesabaran dan bersenam secara teratur. Tambah waktu senaman antara 10 hingga 15 minit setiap hari dan tukar rutin senaman anda. Dua kaedah ini sebenarnya 'mencabar' dan meningkatkan kadar metabolisme untuk membakar lebih banyak kalori.

"Penurunan berat badan melalui senaman dan penjagaan makanan adalah kaedah terbaik. Prosesnya perlahan, tetapi berat badan yang hilang tidak kembali jika ia dijadikan amalan sepanjang hayat," katanya.

Tips Menghalang Kecurian

Banyak sangat kes pecah rumah. Dan kita pun jadi bimbang. Tidur tak lena, nak upah guard mungkin tak mampu. Saya ada tips dan teknik yang mudah dan murah. Kalau boleh diamalkan jika bersesuaian.

Tips Menghalang Kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

[+] Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kebanyakan kes kecurian didapati pisau dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

[+] Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas) , jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)

[+] Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas ( jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

[+] Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama)

[+] Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

[+] Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!

[+] ... .dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

[+] Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.

[+] Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

[+] Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

[+] Selain hafal nombor tu pastikan jugak kredit ada (untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

[+] OK ni!

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

[+] Timer!!!

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

[+] Jiran pun boleh jadi pencuri.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

[+] Kalau dah area tu kerap ada kecurian, apa lagi pindah jer lahh!

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur ( sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

[+] Jom lambatkan pencuri!

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

[+] Sebelum kunci pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau bat kriket di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

[+] Juga bola hoki atau bola kriket untuk baling pencuri tu nanti!

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/ alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.

[+] Ok! Ok!

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar 'padlock' baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

[+] Nak lagi confident, tukar gril dan pagar baru!

Jimat Tenaga Di Rumah Dan Di Pejabat

Tip-tip Jimat Tenaga di Rumah dan Pejabat

1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2. Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.

3. kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

4. Tutup lampu pada waktu siang.

5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

7. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

11. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

14. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

15. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

16. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

17. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

18. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

19. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

20. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

21. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

22. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

23. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

24. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

25. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

26. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

27. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

28. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

29. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

30. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

31. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

32. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

33. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

34. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

35. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

36. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

37. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

38. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

39. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

40. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

Ini adalah tip penjimatan tenaga dibawakan kepada anda oleh,

environment@FOMCA

Bahagian Alam Sekitar

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Federation of Malaysian Consumers Associations – FOMCA)

Untuk keterangan lanjut sila email kepada fomca@fomca.org.my.

Artikel asal

Menjimatkan Air Di Dalam & Di Sekitar Rumah

30 CARA MENJIMATKAN AIR DI DALAM DAN DI SEKITAR RUMAH

TANDAS

1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI

4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

SINKI

7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

GARAJ

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Artikel asal